Thursday, May 23, 2013

Kerana Adinda Anak Derhaka

Assalamualaikum..
Hari ni ustazah nak kongsi sesuatu.  Jadi ustazah sekejap, walaupun tak berapa nak ustazah.  Masih ingat dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?  Namanya masyhur kerana filem2 beliau yang penuh dengan nilai seni dan pengajaran.  Nak dijadikan cerita, hehehe.. Malam tadi melayan salah satu filem beliau yang menjadi kegemaran Ayesha..


Kredit en. google

Filem Tiga Abdul..antara febereto saya.  Tak kering gusi melayan cerita tu, sampai tertido.  Tido sebab dah lewat sangat sampai menginjak ke pukul 2 pagi.  Tapi masa layan cerita tu, tiba2 teringat ayah pernah pesan.  'Jangan tengok je, jangan gelak2 je. Ambik pengajaran dari cerita tu.  Filem2 Allahyarham semuanya penuh pengajaran.  Dan kebanyakan cerita2 nya adalah apa yang dah jadi pada zaman sekarang.  Sebenarnya Allahyarham berfikiran jauh.  Semasa hayat beliau, Allahyarham dah nampak semua yang akan jadi masa zaman sekarang.  Kita boleh nampak semua tu melalui filem2 beliau.  Antaranya filem Anakku Sazali.  Ada kan kisah yang lebih kurang sama macam tu zaman sekarang?'  Itu antara kata-kata ayah yang saya masih ingat..

Benar kata ayah, filem2 Allahyarham memang penuh dengan pengajaran dan tauladan.  Macam mana ayah mendidik kami?  Selalunya melalui contoh atau apa yang kami nampak, apa yang kami dengar dan lihat ayah akan sampaikan dengan cara beliau sendiri.

Berbalik kepada Filem Tiga Abdul yang saya tonton malam tadi, terdetik perasaan sedih dihati saya apabila melihat babak ketika Saudagar Ismet Ulam Raja jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia.  Bermula dari ketika si ayah mengalami sakit jantung untuk meniup lilin pada majlis harijadi yang entah ke berapa, selepas doktor merawat si ayah dan menyatakan bahawa si ayah akan meninggal dunia jika tidak dibawa ke hospital.  Pada ketika ini kita boleh ambik pengajaran bila si anak yang bernama Abdul Wahab dan Abdul Wahib membincangkan soal harta kekayaan si ayah yang masih hidup dan dalam keadaan sakit dan sepatutnya dibawa ke hospital. Adik bongsu bernama Abdul Wahub, yang sayangkan ayahnya telah mencadangkan supaya ayahanda mereka dibawa ke hospital sedangkan ayahanda tidak mahu dibawa ke hospital.

Kredit en. google

Kisah malang si adik bermula selepas kematian si ayah apabila namanya langsung tidak disebut sebelum kematian ayahanda dan si abang yang tamakkan harta menuduh bahawa adiknya sebagai anak derhaka.  Paling menyakitkan hati ketika babak selepas jenazah si ayah selamat disemadikan, abang yang sulung terus memanggil adik-adik untuk membahagikan harta.

Abdul Wahib mendapat bahagian kesemua wang tunai didalam akaun bank si ayah.  Dan si abang yang sulung, Abdul Wahab mendapat ke semua harta ayahanda yang berada di dalam negeri.  Sedangkan Abdul Wahub hanya mendapat bahagian harta rumah pusaka peninggalan ayahanda.

'Adinda anak derhaka, kerana itu satu sen pun harta ayahanda tidak boleh jatuh ke tangan adinda.  Adinda yang menyebabkan ayahanda meninggal dunia.  Ayahanda tidak suka dihantar ke hospital, tetapi adinda sengaja membuat ayahanda marah.  Hingga nama adinda pun ayahanda tak nak sebut.'

Kerana hospital, dikatakan anak derhaka.  Kerana sayangkan ayahanda, dikatakan anak derhaka.  Sedangkan anak yang bertanya mengenai harta dihadapan ayahanda semasa ayahanda masih hidup dianggap mulia?

Ada banyak lagi pengajaran dalam kisah ini.

Kredit en. google lagi

Ingat lagi babak dalam gambar di atas?Ini lah kesudahan bagi orang yang tamak kan harta.  Kerana harta, mereka akhirnya dijual.  Ada lagi yang boleh dikongsi?jom kita kongsi kat komen.  Seronok bila bercerita tentang karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni kan?


P/s : Saya tak hadap pun nak contact awak lagi..sekadar berkongsi apa yang saya tahu, jangan nak perasan lebih2..

No comments :

Post a Comment