Saturday, May 18, 2013

R.A.S.A

Rasa nak termuntah
Rasa menyampah
Rasa nak marah..

Pernah rasa tak?
Rasa ditikam paling sakit
Kalau betul nak tikam, biar berhadapan..
Supaya kita tahu rasa sakit itu akan datang..

Rasa sakit
Sangat sakit
Sakit yang memakan diri

Rasa talam
Talam?
Ya, talam bermuka-muka
Ayah pernah kata
Kenapa orang cakap talam tu bermuka-muka?
Sebab dia ada dua wajah..
Hadapan dan belakang..

Jadi, pilih lah..
Kau nak jadi orang ke kau nak jadi talam?
Pilihan?
Tepuk dada, tanya selera..

Rasa terpukul tak?
Atau rasa terhentak?
R.A.S.A
Bila hadir
Kehadirannya bermacam-macam rasa