Thursday, September 4, 2014

Karipap Inti Telur

Assalamualaikum..

gambar kau langsung x best..**kata saya dalam hati..

Tapi lantak lah kan..cuma nak bagitau je, pertama kali saya tahu ada karipap inti telur ni..haha
Satu benda baru dalam bab masak-memasak ni yang baru saya tahu hari ni..
Maaf ler sebab gambar kurang memberangsangkan..hehe
Tapi rasa dia memang best..lagi makan panas-panas memang sedap
Terima kasih kepada officemate yang memberi karipap inti telur ni kat department kami pagi tadi..
Mak dia buat katanya..
Mak dia memang pandai buat kuih..kuih koci yang mak dia buat pun memang terbaik, tak pernah dapat kat mana-mana yang sama macam tu..
Alhamdulillah lah, rezeki pagi ni sebab pagi tadi tak sempat bersarapan..huhu
Gigih google carik resepi karipap inti telur, kebanyakkan nya resepi karipap inti kentang dan ditambah telur rebus sama ada sebiji atau setengah di dalam karipap..
Macam stail Ikea katanya..
Mahap ler, meatball Ikea pun saya tak pernah rasa lagi..
Sampai sekarang tak dapat..
Lepas ni boleh lah cakap kat mak cuba buat karipap inti telur ni pulak..

Nota kaki : Nanti mak kata, asal nak buat karipap je nak tunggu mak..macam mana nak kahwin macam ni?nanti besok dah kahwin, Hafiz asyik makan luar je..**gigih semalam mak membebel dekat saya pasal masak memasak nih..ampun mak..nanti kakak belajar yea..