Wednesday, September 3, 2014

Kepala Berpusing-pusing

Assalamualaikum..

Walaweh, tetiba ja kepala rasa berpusing-pusing macam nak pitam ni..
Kenapakah?
Nak kata tak makan..rasanya cukup dan terlebih-lebih kot..
Ke teruja atau stress sebab duk google tengok pasal majlis merisik dan bertunang orang dari tadi ni tah..

Bila 'dia' kata nak datang bincang tentang majlis masa raya haji nanti beberapa minggu lepas sungguh langsung tak de pun rasa stress..
Sebab rasa macam lambat lagi..
Tuptup semalam bila dia cakap tak jadi, mungkin bulan 12 atas sebab-sebab tertentu
Dan ditambah perbualan telefon dengan mak tengahari tadi..
Tiba-tiba rasa, walaweh..kenapa rasa macam 'eh, macam cepat sangat je..'
'eh, macam serabut serabai je kepala otak fikir..'
'Aku nak tunang?serius ke ni?'

Ok, tu je nak cerita..huhu

Nota kaki : tengah menaip entri ni pun kepala masih rasa berpusing-pusing lagi..doakan semoga segalanya berjalan lancar untuk saya eh..