Assalamualaikum..
Hai, Yang Ayesha datang lagi.. *dah macam iklan Tora je..joking.. :-P
Macam mana hari korang?berjalan lancar seperti dirancang?
Atau hidup korang dalam serabut?
Tak pe, its ok..tak payah cerita dulu..
Simpan untuk masa akan datang eh..
Biarlah si luncai dengan labu-labunya..
Eh?haha..gurau je..tiba2 teringat kata-kata ayah..
So, class..today i'm going to teach you a lesson..
*Acah2 teacher..ni dulu jadi cikgu, tapi dah pencen..
Rindu konon2 nak mengajar balik lah tu..
Ok, dah cukup merapu..
Sebenarnya hari ni, tiba-tiba Yang Ayesha teringat cerita ayah pada beberapa minggu yang lalu..
Masa tu ayah baru balik dari masjid..setiap hari ayah solat subuh dekat masjid..
Tapi biasanya hari minggu ayah akan pulang lewat sebab nak dengar tazkirah atau kuliah subuh..
Dan selalunya kuliah subuh tu akan ayah sampaikan pada kami yang dirumah ketika menikmati sarapan pagi..
*Saya bercita-cita mempunyai suami macam ayah..indahnya hidup kan?Boleh tak awak buat macam tu sayangku?Hah, mulalah minah ni..
Ok, sambung balik..saya tak ingat sangat macam mana permulaan kisah..tapi ayah menceritakan tentang seorang petani yang merungut tentang ciptaan Allah..
Nak tahu tak apa yang dirungutkan?jom kita tengok bawah..
Tembikai dengan epal?
Gambar tu Yang Ayesha letak sebagai contoh supaya korang boleh nampak apa saya nak cerita..
Petani tadi merungut atau boleh dikatakan marah dengan apa yang Allah aturkan..
Lebih kurang begini perkataan petani itu :
'Apalah, Allah ciptakan pokok kecil tapi buahnya besar macam buah tembikai..sedangkan pokok yang besar dan tinggi buahnya kecil macam buah epal..sepatutnya pokok kecil, buahnya kecil..dan begitu sebaliknya..'
Begitu sekali marah si petani tadi..
Dipendekkan cerita, pada suatu hari sedang petani tersebut duduk di bawah sebatang pokok epal..
Angin bertiup dingin dan nyaman pada waktu itu..
Sedang si petani leka berehat di bawah pokok epal, mungkin pada ketika itu Allah ingin memberi petunjuk kepada petani tersebut atas keterlanjuran kata-katanya tempoh hari..
Dengan kuasa Allah, tiba-tiba sebiji buah epal yang sedang masak ranum jatuh mengenai kepala petani tersebut..
Terkejut si petani kerana kesakitan yang dialami lantas mengucapkan syukur kerana hanya buah epal yang jatuh di atas kepala..
Kemudian petani tadi berfikir dan insaf :
'Alangkah besarnya kekuasaan Allah S.W.T. Jika yang jatuh tadi buah yang besar, pasti lebih buruk akibatnya ke atas aku..sungguh aku insaf dengan kata-kataku tempoh hari.'
So, macam mana?
Dapat pengajaran tak dari cerita tadi?
Ada pengajaran yang ayah sampaikan tempoh hari, tapi saya dah lupa..haha
Tapi, dari cerita tadi saya pasti setiap orang mendapat pengajaran yang berlainan..
Jom kita kongsi nak?
Tinggalkan komen kat bawah yea..terima kasih.. ^_^
P/s: sedari kecil, ayah selalu mengajar kami begitu..melalui penyampaian ilmu..in shaa Allah, lepas ni apa yang saya ingat yang pernah ayah cerita..saya nak kongsi dengan korang dekat sini..kita kongsi sama2 k..
No comments :
Post a Comment