Assalamualaikum..
Selamat hujung minggu geng..
Apa aktiviti hujung minggu ni?
Ada yang menarik?
Hari ni Yang Ayesha duduk rumah je..
Mak dan ayah tak de, adik2 pun masing2 ada aktiviti..
Pagi tadi merayap sekejap ke rumah nenek..
Tak jauh, dekat je..depan rumah ni je..hehe..dekat kan kampung saya?
So, pagi tadi bersarapan lah kat rumah nenek..
X makan sangat pun, cuma makan sandwich sebab kat rumah dah makan megi goreng..
Datang rumah nenek pun saja2 nak lepak2
Dah lama tak berkumpul dengan ahli keluarga yang lain..
Ada mak cik2 dan pak cik saya..
Nenek ayah saya pun ada jugak..
Dalam leka berborak2 dengan diorang..
Tiba2 satu persoalan ditimbulkan oleh pak cik saya..
'pakwe kau orang mana kak?'
Rasa nak tersedak tiba2..tanya pasal pakwe?haha
'errr...sape?'
Hahaha, buat2 tanya lagi siapa?
'orang jawa ke? orang banjar?'
Mak cik saya pulak tanya..
'Oh, tak..nogori..eh, melaka..tapi ade jgak campur nogori'
Saya menjawab tergagap2 dan teragak2..haha..gugup lah konon..
Tiba2 nenek pulak menyampuk
'Ha, boleh lah tahun ni? Hujung tahun ni ke? Lepas raya?'
Errr...tak tau nak jawab ape..hehe
Pak cik pulak kata
'Boleh lah raya nanti suruh datang jumpa nenek.'
Saya?
'Oh..'
Hanya mampu tersenyum..segan, tak tau nak cakap apa..
Dan kemudian, masing2 asak saya dengan bermacam2 soalan..
Siapa mak dan ayahnya, ahli keluarga..dan macam2 lagi..
Dan tiba2 mak cik saya menyampuk
'adik kata, kak wani lah ni..patutnya dah bagi nenek cicit dah sekarang..'
*adik tu adalah sepupu saya, dia tiada di tempat kejadian..haha
Dalam hati, 'cicit? hehe..kalo ikutkan hati yang menggatal ni, dah lama aku kawin..tak payah disuruh'
Hamboi, boleh tahan kau ni yea Yang Ayesha..
Setakat ni, saya percaya apa yang saya alami sekarang..
'Dia' yang sentiasa ada disisi adalah yang terbaik saya pernah ada..
Biar pun ramai yang mungkin mengatakan dia tidak baik dan berbagai lagi..
Saya sendiri tahu keikhlasan hati 'dia' terhadap saya..
P/s : Yang Ayesha mohon korang tolong doakan yang terbaik untuk saya dan 'dia'..moga perjalanan kami dalam menuju redha Ilahi dan redha kedua ahli keluarga dipermudahkan.. ^_^
Mood : Jika urusan perkahwinan itu mudah, mungkin saya dah lama menamatkan zaman bujang..tapi saya percaya pada perjalanan yang Allah telah tentukan untuk kita..cuba hadapi dengan senyuman
*dari pakcik google
Perkahwinan adalah tuntutan syariat, tapi bagaimana perjalanan dalam perkahwinan itu nanti kita yang akan mencorakkannya..
Dan cita2 saya, moga nanti perkahwinan yang akan saya bina sekuat perkahwinan yang dibina oleh ibubapa saya..
Tolak ansur dan kepercayaan terhadap pasangan adalah asas yang perlu diperkukuhkan oleh kita..
Tapi..ia tak semudah lidah berkata-kata
*Tepuk dada, tanya hati.. ^_^
adoyy..susahnya bila berhadapan dgn soalan bertubi2 mcm tuh..>.<
ReplyDeletesemoga perjalanan hubungan kalian bjalan dgn lancar..in shaa Allah..=D
terima kasih cik fatin amalina husna..pnjg name, tapi tiga2 nama tu cantik..secantik orangnya.. :-)
Delete