Tuesday, April 2, 2013

Sate Minang @ Padang Lagi

Assalamualaikum...
Hai korang..
Macam mana hujung minggu lepas?
Berlalu dengan perkara yang sedih ke yang gembira??
Hari dan hujung minggu Yang Ayesha berlalu dengan macam2 kisah suka duka, sedih dan gembira
Nak buat macam mana, kalau tak ada semua tu tak meriah la hidup kan..

Hari ni saja nak share lagi gambar sate minang @ sate padang ni..
Pengumuman, saya sangat suka ok..
tambah dengan sate yang biasa tu pun kesukaan saya jugak
so sapa2 yang nak belanja makan, memang digalakkan sangat la belanja makan sate, confirm saya tak tolak
dalam hati *ada ke orang nak belanja tu?hehehe..gurau je

Kelmarin pegi Paya Jaras lagi, makan sate minang ni..
Boleh dikatakan hampir setiap bulan mesti nak pegi sini..
Tak kan puas kalau sekali makan je..
Tapi semalam Yang Ayesha cuba satu lagi menu, bihun sup
Sangat2 terbaik..lepas tu sate pulak mintak rm5, kongsi dengan 'dia'
Disebabkan 'dia' nak jumpa kawan lama..
So, lama jugak lah lepak dekat situ

Bila dah lama lepak, terjebak pulak tengok orang minum Es Tebak..
(Pesanan penaja, jangan ikut nafsu bila makan okay..)
Bila dah tengok orang lain minum, kami pun nak jugak la..
order la Es Tebak tu 1..
bila dah order, rasa sedap..
Es Tebak ni macam abc, tapi dalam dia ada tapai ubi dengan roti..
tu apa Yang Ayesha dapat tengok dan rasa la..
Bahan2 lain dalam tu macam ABC biase je lebih kurang..
1 je tak cukup, berebut okay..
tapi disebabkan dah kenyang, lain kali jela kita order lagi..


Sate minang RM5, ciek???


sengaja nak menggoda member sorang tu, Oh Bella


Bihun sup tinggal separuh atau boleh kata hampir habis..hahaha


Warung kecik je disebuah kampung



Ramai orang kan?Setiap kali datang sini, selalu ramai manusia..


Bihun sup saya dah habis..


'dia' menghabiskan sate saya sampai licin..ops..


Es Tebak..ade roti...


Tapai ubi pun ade dalam ni..tapi 'dia' kata ni bukan tapai ubi..abes tu ni ape?tolong bagitau Yang Ayesha?





P/s : runsing memikirkan bos dah lari ni..teruk sangat ke Yang Ayesha jadi Assistant?tapi saya bukan Secretary walaupun org slalu panggil macam tu..haha