Wednesday, June 18, 2014

Hadiah Birthday Katanya..

Assalamualaikum..


Kelmarin mama bob jemput kita makan kat rumah..
Bob tu kawan baik cinta hati kita..
Dah macam adik-beradik dah si bob ni dengan cinta hati..
Setiap majlis keluarga dia orang selalunya mesti pergi
Kecuali kalau ada hal yang tak boleh elak..

Lepas dah makan-makan..
Maka keluar lah baju-baju kurung dan jubah segala..
Hehe..strategi marketing baik punya..
Tapi sebelum datang memang dah tau dah..
Cinta hati dah pesan, mama bob suruh datang rumah tengok-tengok baju..

Kalau ikutkan, tak de hati lagi nak beli-beli baju ni..
Sebab dalam kepala otak banyak benda nak fikir..
Nak bayar itu, bayar ini..nak raya lagi..aduhai..
Tapi lepas makan, cinta hati kata pilih lah..
Tak boleh lebih satu..
Hadiah birthday katanya..
Aaawww..mula lah nak terlompat pilih baju..
Yeay!!haha..dah mula bertanduk dah kepala nak berenang dalam lautan baju-baju tu..
Tak tau nak pilih mana satu..

Masa tu, ada dua orang lagi kawan perempuan tempat kerja si cinta hati ni datang jugak
Dia orang pun nak pilih-pilih baju ni nak beli..
Dia orang siap cakap 'Ala..ambik je lebih-lebih, pak abu punya O.T (overtime) banyak bulan ni..'
*Pak abu gelaran kawan-kawan tempat kerja dia yang bagi..panjang ceritanya..
Then dia cakap, 'Ok lah2, ambik dua..'
Hahaha..hoih, memang suka gila bila dengar..
Tapi bila dah pilih-pilih, decide ambik 1 je..
Lagi pun kesian dia kerja penat-penat kumpul duit, kita tolong habiskan..
Tak boleh, tak boleh..
Mula-mula berkenan dengan yang ini..


Tapi apa kan daya, yang ini saiz untuk orang kecik..
Saya tak mampu memakainya..huhu *ayat propa
Tunjuk gambar ni dekat akak ofis, terus dia suruh bawak pegi ofis besok sebab dia berkenan..
Citarasa kami selalunya sama..haha
Mula-mula nak rasmikan baju tu masa raya nanti..
Tapi akak ofis dah ajak pakai sama-sama..
Sebab kami duty jaga anak yatim dalam satu program sabtu ni..
Haha..memang tak sempat nak tunggu raya..

Sampai-sampai rumah..
Cinta hati mesej dekat whatsapp..
'Pilihkan satu untuk mak..'
Then saya kata, 'untuk mak?'
'Yeala, belikan lah untuk mak..'
*Dalam hati, dah sampai rumah baru cakap suruh pilih untuk mak..hampeh betul -_-
Nasib baik lah masa tu tak de yang berkenan lagi dah..
Sebab baju kurung semua kain cotton..
Dan design lebih sesuai untuk orang muda..
Jubah pulak semua kain lycra, memang tak lah beli jubah kain lycra untuk mak..
Melekat-lekat kat badan nanti memang dia tak suka lah..
Saya sendiri tak suka jubah macam tu walaupun tengok orang lain pakai cantik je..
Saiz jubah pun banyak untuk orang bersaiz besar, mak saya kurus je orangnya..
So, decide nak pilih untuk mak bila ada stok baru nanti..


Baju dalam gambar ni pun hadiah birthday jugak..
Yang ni akak ofis yang belikan..
Tahun ni, dapat hadiah in advance dua..
Dan dua-dua nya hadiah baju..
Terima kasih kesayangan-kesayangan saya.. ~_^

Nota kaki : Dah tak payah beli baju raya..tahun lepas punya baju pun simpan je dalam almari tak pakai-pakai