Tuesday, June 3, 2014

Hilang Sabar..

Assalamualaikum..

'feeling annoyed'

Sudah berlarutan hampir berminggu-minggu
Bukan kerana cemburu atau dengki..
Tapi biarlah berpada-pada..

Saya tahu anda dah nikah
Anda sudah HALAL
SEMUA ORANG pun dah tahu anda dah HALAL
Tapi sampai selfie dengan bukti anda dah HALAL perlukah?

Saya tak kata saya sempurna..
Saya tak kata saya tak kan buat..
Mungkin saya akan buat..
Tapi harap-harap saya tidak berlebih-lebihan..

Tindakan anda seolah-olah memberitahu..
'Aku dah nikah, kau hado?'
Memang rasa bahagia..
Tapi dalam pada tak sedar, mungkin melukakan perasaan orang lain..

Mungkin ada orang yang belum ada pasangan..
Mungkin ada orang yang dah ada pasangan tapi belum dapat mendirikan rumah tangga..
Atau mungkin, ada orang yang ingin berkahwin..
Tetapi mempunyai halangan-halangan tertentu..

Kenapa Ayesha cakap macam ni?
Terasa ke??
Memang Ayesha mengaku..
Sangat-sangat terasa dan terkesan dihati..
Bukan tak nak kahwin..
Tapi setiap orang ada masalah sendiri..

Rezeki awak kahwin muda..
Itu saya tumpang gembira untuk awak..
Tapi rumahtangga ada macam-macam dugaan dan cabaran..
Tak sentiasa indah..
Semoga awak tabah menghadapi
Dan saya doakan semoga awak bahagia..

P/s : cukup rasa bahagia itu aku hanya pamerkan pada dia dan teman yang rapat..sesekali cerita pada umum, mungkin boleh diterima..tetapi jika hari-hari lepas engkau, engkau dan engkau lagi..rasa nak blocked pun ada..

2 comments :