Assalamualaikum..
Ayesha ada masalah sikit ni..
Ekzema Ayesha dah mula datang lagi..
Sedang berusaha mendapatkan produk VCO daripada Tropika Beauty..
Nak beli online terasa terlalu lama menunggu..
Jadi cuba nak dapatkan secara terus dari mana2 stokis atau farmasi dan sebagainya
Tengah hari tadi, cuba dapatkan maklumat daripada page Great Baby Skin..
Produk ni sebenarnya untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami ekzema
Tapi dalam deskripsi produk, Ayesha ada terbaca produk ni juga sesuai untuk orang dewasa
Tidak mengandungi bahan kimia
Dan tidak mengandungi paraben
Pihak Great Baby Skin syorkan Ayesha dapatkan di GMH Shah Alam di Worldwide Seksyen 7
Tapi disebabkan tak begitu biasa dengan kawasan Worldwide Seksyen 7 dan waktu operasi GMH hanya sehingga 8.30 malam, takut tak sempat nak pergi cari..
Rasa2 nak cuba cari di farmasi berdekatan Seksyen 7 di Jalan Kristal
Harap2 sempatlah cari..
Habis gatal-gatal satu muka dari semalam..
Ubat yang doktor bagi sebelum ni memang dah kehabisan
Dan memang Ayesha tak bercadang nak sambung jumpa doktor lagi..
Sebab banyak masa yang terbuang..
Tapi pulih hanya sementara dan kos agak melambung tinggi..
Sumber gambar dari page Great Baby Skin
Sorry ayesha fiza tak dapat membantu sebab fiza tak stay SA.Fiza doakan moga cepat jumpa dan sembuh ye..
ReplyDelete