Friday, February 21, 2014

Drama Ku Cinta Kau Seorang Dah Tamat!

Assalamualaikum..


Yeay!!
Drama Ku Cinta Kau Seorang telah melabuhkan tirainya malam tadi..
Yeay lah sangat kan..
Suka sangat tengok cerita ni..
Kisah Helmi dan Batrisya..
Mula-mula macam anjing dengan kucing..
Pantang berjumpa, mesti bergaduh..
Tapi lama kelamaan sama-sama jatuh cinta..

Kesayangan Ayesha yang tak reti tengok cerita cintan-cintun tu pun..
Boleh layan cerita ni tau..
Setiap kali kalau tengok..
Setiap babak yang best, yang kelakar..
Confirm handphone Ayesha berbunyi..
Nenek dia kelakar lah..
Diorang bergaduh lah..
Paling tak boleh tahan
Masa nenek Helmi meninggal
Hantar whatsapp macam ni..
'nenek dia mati T_T'
siap ada icon nangis weh..
Aduh duh duh..

Untuk pengetahuan korang..
Dia memang anti kalau Ayesha baca novel..
Layan cerita-cerita cinta ni..
Kalau kita cerita dekat dia..
Sorry lah eh, dia memang tak layan..
Dia dengar je..
Lepas tu, dah habis bercerita..
Kau kena ceramah balik..
Novel tak bagus, melemahkan hati..
Bla..bla..bla..
Haiyooo..
Mak Ayesha pun tak membebel macam ni..
Sudahnya sekarang ni, pinjam novel dekat akak ofis sampai 5-6 buah
1 novel pun belum ada yang habis baca..
Sebab?
Dah malas nak baca..haha
Cuba kalau baca?
Confirm menitik air mata kalau part sedih..
Baca Al-Quran tak pernah menangis pulak..
Ish3..apa nak jadi?

Ha..
Sambung cerita balik..
Malam tadi kan episod last..
Dah tak de dah part yang sedih-sedih episod malam tadi
Cuma yang berdebar tu masa ayah Batrisya panggil Helmi datang rumah..
Sumpah rasa ayah Batrisya psiko gila..
Tapi masa Ayesha tengok ayah Batrisya macam tenang je tanya soalan dekat Helmi tu..
Dah tau dah, ni saja nak test Helmi ni..
Tapi Batrisya dengan Helmi kalut sangat..
Haha..memang kelakar..

Bila scene yang dah nak habis tu..
Ha...kau..whatsapp masuk
'So sweetttt..'
Eh..eh..eh..
Haha..
Tapi lepas tu Ayesha pun melayan jugak..
Tukang sambung..
Kih3..

Rasanya, cerita ni lah yang Ayesha rasa tak berat sangat..
Tak meleret-leret sangat..
Setiap minggu rasa tak sabar nak tunggu episod baru..

Nota kaki : Suka tengok pelakon yang bawak watak Batrisya tu, tiap kali tengok dia berlakon..rasa tak puas je tengok muka dia..hihi