Assalamualaikum..
Nak update entri semalam..tapi tak sempat..huhu..
Banyak kerja dan tak menang tangan layan customer kat ofis yang berkenan dengan wide shawl kita..hihi
*Macam hot sangat..tapi Alhamdulillah..rezeki Allah bagi..
Gambar ni dapat dari group whatsapp Ayesha..
Group dengan kawan2, ada salah seorang dari kawan dalam group yang hantar..
Sebenarnya, kejadian ni terjadi di kampung halaman Ayesha..
Kalau tak silap pada pagi hari Sabtu,1hb Februari lepas..lebih kurang dalam pukul 3-4 pagi..
Masa tu Ayesha dah tidur nyenyak dah sebab kepenatan berjalan2..hehe
Tapi ayah dengan adik Ayesha ada dengar orang berjalan kat luar rumah..
Ya Allah, syukur sangat sebab masa tu Ayesha lupa nak kunci kereta..
Disebabkan kawasan kampung, dan rumah penduduk kampung dekat-dekat je..
Ayesha rasa orang ni ikut jalan pendek dengan menyeberangi parit yang memisahkan kawasan rumah kami..
Sebab kalau ikut jalan luar yang biasa, mungkin akan ambil masa untuk dia masuk ke satu-satu rumah..
Nasib orang tu baik sebab dia tak kena tangkap..
Padahal ada penduduk lain cakap, ada dengar orang lalu luar rumah diorang malam tu..
Tapi entah kenapa masing-masing tak tergerak hati nak intai siapa yang lalu..
Dah lama kes masuk rumah ni tak berlaku dekat kampung..
Mungkin sebab penduduk kampung dah kurang berkawal pada waktu malam..
Dia aktif semula..
Tapi jangan sangka orang ni beroperasi pada waktu malam sahaja..
Sebab pernah terjadi jugak dekat kampung..
Pada waktu siang, orang yang mencuri tu pecahkan cermin kereta salah seorang penduduk kampung..
Zaman sekarang, macam-macam yang kita tak jangka boleh jadi..
Mari kita sama-sama berhati-hati yea kawan-kawan..
P/s : Kadang-kadang, Ayesha takut nak keluar rumah sorang2..huhu
terima kasih cik akak sudi singgah :-)
ReplyDeletesekarang ni macam² benda boleh jadi..masalahnya manusia bertindak di luar kawalan..risau betul kan.
ReplyDelete