Assalamualaikum..
Bulan lepas Ayesha ada cakap nak sharing satu tempat makan..
Masa tu dinner dengan family dekat luar..
Lama kan tertangguh janji ni..
Alkisahnya, macam malas nak transfer gambar dari handphone..
Sorry uols..^_^
Ok, berbalik pada kisahnya..
Masa tu Ayesha dengan family dinner di The Captain Stemboat and Grill
Layanan dekat sini memang terbaik..
Masa tu Ayesha pergi malam minggu..
Masa sampai malam tu, memang penuh..
Tempat letak kereta pun penuh..
Nasib baik dah tempah meja awal2..
Bajet masa dalam pukul9-9.30 malam sampai sana..
Sebab ayah suruh tunggu solat Isyak sekali baru gerak..
Ayah yang belanja malam tu..
Keluarga kami ada 6 orang..
Dan tambah nenek dengan mak cik Ayesha sorang..
So, Ayesha tempah meja untuk 8 orang malam tu..
Ayah kata :
'Ayah nak duduk makan je, kakak uruskan semua..ayah bagi duit, kakak bayar..'
Ayah kata :
'Ayah nak duduk makan je, kakak uruskan semua..ayah bagi duit, kakak bayar..'
Memang Ayesha jadi macam pemandu pelancong lah malam tu..keh3
Ketua segala aktiviti..
Sudu tak cukup
Pegi mintak dekat kaunter..
Jug habis
Mintak jugak dekat kaunter..
Hehe..senang kata, semua Ayesha settlekan lah
Seorang isteri yang setia memang sentiasa akan dekat dengan suaminya..
Ececeh..
Berangan nak jadi macam mak dengan ayah..
Dari dulu sampai sekarang..
Gaduh kecil tu perkara biasa..
Yang penting kena sepakat dan bertolak ansur..
Ayah teruja nak cuba kambing dia je..
Banyak jugak ktorang grill kambing malam tu..
Balik umah, memang terasa pening..
Tapi kambing kat sini terbaik..
Sedap wooo..
My adik yang poyo..haha..
Ini lah puteri kedua dalam keluarga..
Kadang2, dia lebih matang buat keputusan berbanding Ayesha yang anak sulung ni..
Dia mengajar dekat sekolah rendah agama Rantau Panjang, Klang
Hehe..
Satu-satunya putera mahkota..
Kalau dia tak de, rase macam kosong je rumah..
Tapi balik pun kadang2 tak lekat kat rumah..
Ada je aktiviti dia dekat luar..
Sukan lah, program tu lah, program ni lah..
Semoga berjaya dengan cemerlang adik bujangku nan sorang..
Untung2 jadi mufti satu hari nanti..hihi
Ini lah puteri bongsu..
Nakal, cepat merajuk..haha
Nak mintak tolong sila cakap baik2..
Puji2 dulu ek..
Kalau cakap kasar2, memang tak dilayan..
Selalu gaduh dengan abang dia..
Ini makcik bongsu..
Adik ayah yang paling kecik..
Tapi dia dah besar ok..
Yang sebelah tu nenek Ayesha..
Oleh sebab tinggal dia je yang duduk dengan nenek..
Dia lah yang jaga nenek..
Kadang2 tengok ragam dia dengan nenek pun boleh buat Ayesha tergelak..
Malam tu memang makan mengikut nafsu..
Haha..
Tapi tak membazir ok..
Untuk grill, macam2 ada..
Apa yang ada??
Meh Ayesha senaraikan kat bawah..hehe
1. Ayam
2. Daging lembu
3. Daging kambing
4. Sotong
5. Udang
6. Kerang
Cukup tak?hui, cukup dah kot..
Ni pun confirm korang tak terlarat nak makan..
Belum campur untuk steamboat lagi..
Dan menu malam tu ada nasi lemak kalau yang nak makan nasi..
Menu dia akan bertukar2 setiap malam..
Akhir sekali, ada aiskrim..
Ayesha ambik aiskrim coklat + mint..
Selalu Ayesha tak layan sangat perisa mint ni..
Malam tu rasa macam sedap pulak..
Alamak, mana gambar Ayesha masa dekat pintu masuk restoran ni ek..
Macam dah hilang je..huhu
Sedih lah pulak..
Tapi masa nak balik tu, pemilik restoran ni tanya layanan macam mana
Tempat duduk ok ke tak..
Kira layanan dia ok la..
So, Ayesha bagi 4 bintang..ececeh..
Haha..
Lupa nak bagitahu harga
Orang dewasa RM21.90 seorang
Warga emas berumur 60 tahun ke atas RM13.90 seorang
Kanak-kanak berumur 7-12 tahun RM9.90 seorang
Dan kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah F.O.C
Nak terjah restoran ni?
Meh Ayesha bagi alamat dengan nombor telefon
Lot 2658 Persiaran Hamzah Alang , 41050 Meru, Malaysia
No. Telefon : 019-235 4796
Waktu Operasi : 6.00 petang - 12.00 malam
Nota kaki : sesiapa yang biasa pergi pekan Kapar/Kuala Selangor melalui Meru, mesti boleh nampak Restoran ni dari tepi jalan..hehe
Selamat bersteamboat & grill ^_^
Harga ok...nnti boleh pegi trylah...thanks..
ReplyDeleteSama2..so far, ini yang termurah lah kalau nak berteamboat & grill :-)
Deleteseronoknya makan beramai ramai camni..bertambah selera tau..tq share info tempat makan ni ayesha :)
ReplyDeleteSama2..:-)
DeleteWahh.. menarik.. seronoknya.. :)
ReplyDelete