Wednesday, February 19, 2014

Rasa Sebak!!!

Assalamualaikum..

Alkisahnya..
Mak hantar mesej melalui whatsapp tengahari tadi..
Mak kata, terjumpa akaun Facebook kawan lama dia..
Mak tanya, mak tak de FB boleh berhubung dengan dia ke?
Ayesha suruh mak hantar mesej dekat FB guna akaun ayah..
Tapi mak tak pandai lagi..
Dalam pada dok balas whatsapp dengan mak tu
Tah kenapa tiba-tiba hati rasa sebak semacam je..
Macam nak mengalir air mata..

Ah sudah...
Kau dah kenapa??
Entah lah..
Tiba-tiba rasa terharu sangat..
Sebab teringat cerita mak..
Dah lost contact dengan kawan dia sangat lama..
Sejak habis sekolah kot..
Ke zaman mak kerja lagi..lupa pulak
Padahal itu lah kawan rapat mak..
Bayangkan sekarang ni anak-anak masing-masing dah dewasa dah..
Ayesha sendiri dah nak masuk 25 tahun dah tahun ni..

Tapi Ayesha dah ter add acik tu dekat FB tadi..
Jangan bagitau dekat mak tau..
Hehe..tanya mak tadi, suruh add je dekat FB
Tapi mak tak nak pulak
Mak cakap dia segan
Segan sebab acik tu wanita berkerjaya..
Mak Ayesha suri rumah saja..
Tapi Ayesha kata, kalau kawan ikhlas tak kan pandang semua tu..
Lainlah kalau kawan tu sombong dan berlagak kan?
Huhu..tiba-tiba timbul mood blues pulak petang-petang ni..
Sedihnya..T_T